Monday 7 November 2016

HARGAI MEREKA

hi assalamualaikum :) ,


So this is actually my first time to write  a blog. Baru nak berjinak jinak dalam bidang ni (maaf noob). Dah lama sebenarnya nak tulis blog tapi macam tulah malas dan taip malas nak karang cerita and tak tahu nak cerita or bercakap pasal apa. Then, suddenly (which is today), I tetiba terfikir bukan aku ada blog ke? Then bukak and terfikir pasal tajuk nak bercakap hari ni iaitu "HARGAI MEREKA".


     Okay, nowadays kita lah kan sapa je yang takde twitter, facebook, or even instagram (wechat tak payah cerita dekat sini) atau ada atleast facebook kan (even mak mak pun ada facebook) mesti tau apa itu VIRAL. So sini aku tak bercakap pasal kes viral ni. Yelah kita pun tahu viral ni ada bnyak benda tak kira lah pasal artis gaduh ke, budak wechat budak hal ke salah grammar ke, even orang hilang ke or nak mintak tolong pasal masalah kewangan nak buat surgery tak cukup duit(jgn tipu sudah) and mcm mcm lagi lah. Dlm banyak banyak perkara yang viral tu adalah satu benda tu kisah seorang pak cik or atuk lah untuk aku yang dia tunggu anak dia pick up dekat stesen bas 2 hari tak pick up pick up pon. Dari situ lah aku timbul idea nak bercakap pasal perkara ni.


     I lost my dad when I was 8 years old. Pada umur 8 tahun apa je yang aku faham, Masih budak budak yang tak faham apa apa. Baru mula nak belajar kenal erti kehidupan yang penuh penipuan penuh onar penuh kepayahan dan baru belajar mcm nak hadapi realiti kehidupan yang sebenar. Satu je perkara yang aku terkilan masa arwah ayah aku meninggal. Aku tak sempat nak jumpa dia for the last time. Sebelum tu dalam pukul 10 dia ada cakap dia nak jumpa aku which is aku expect langsung dia akan pergi selama lama nya malam tu. Tapi aku asyik bertangguh and bertangguh nak jumpa dia and last last tu baru aku gerak pergi rumah toki (atuk) aku nak jumpa dia.Sebab masa sepanjang ayah aku sakit  mak aku sibuk uruskan dia aku stay dengan cousin sebelah rumah. Masa aku sampai aku tak tahu apa apa lagi aku gelak gelak bergurau dengan cousin aku and aku nampak ayah aku terbaring atas mak aku(mak aku riba ayah aku) and suddenly my mom call my bapak sedara belah ayah aku cakap "padir dah takde". At that time, I was soo terkejut and time tu jugak aku nangis tak henti henti sampai ayah cik aku peluk aku tenang kan aku cakap sabar sabar. I was 8. Apa lagi aku boleh buat selain dari nangis. Then, I cried until I fall asleep. Then, next morning baru kebumikan. At that time, adik aku yang paling bongsu lah paling kesian sebab dia baru je 4 tahun masa ayah aku meninggal, dia non stop menangis memang kuat gile. Dia lah yang paling teruk terkesan lepas ayah aku meninggal sebab dia lah paling sekejap dapat rasa kasih sayang dari ayah aku.  Paling aku terkesan masa ayah aku meninggal tu aku tak boleh nak cium dia sebab aku dalam keadaan ber air mata. Memang aku terkesan sangat. And now I miss him so muchhhh. If I get a chance even sekali je dalam seumur hidup aku nak sangat jumpa dia even dalam mimpi, nak duduk and cerita kan semua pada dia. About school about friends a evrything lah.


     But the reality is harsh. People nowadays senang senang je lupakan mak bapak diorang. Tinggal tepi jalan, biarkan kan diorang dekat kampung entah makan entah tidak, segala keperluan diaorang cukup ke tidak, sakit diorang, duit perbelanjaan diorang, jenguk pun tak. Jenguk pun setahun sekali itu raya kalau balik. And ada certain yang pergi hantar dekat rumah orang orang tua janji nak datang amik at the end tak amik or even tak jenguk langsung and mak bapak diorang dengan penuh harapan tunggu anak diorang datang jenguk. Bagi aku KORANG KORANG SEMUA YANG SANGGUP TINGGALKAN MAK BAPAK DIORANG TAK AMIK TAHU PUN MACAM MANA KEADAAN MAK BAPAK DIORANG TAK LAYAK NAK ADA INSAN BERNAMA MAK AND AYAH. TAK LAYAK! AFTER WHAT THEY HAVE SACRIFICED FOR YOU IDIOT! Sebab apa KORANG TAK PERNAH RASA MACAM MANE PERASAAN BILA TAK ADA MAK OR AYAH.


     Bagi aku Korang tak pernah rasa betapa cemburu nya aku tengok ayah hantar pergi sekolah, hantar masuk U. Tolong angkut semua barang barang kau masuk dalam bilik. Korang tak pernah rasa macam perasaan bila buat kad hari bapa dan letak kan dekat atas kubur ayah. Bila nak luah perasaan luahkan dekat kubur ayah seolah olah kubur itu mampu bercakap balik dan mengharapkan ayah korang akan bangun balik .Korang tak pernah rasa cemburu bila tengok orang lain meraikan hari bersejarah diorang dengan ayah diorang. Korang tak pernah rasa cemburu tengok orang lain dapat peluk cium dari ayah diorang. Korang tak pernah rasa perasaan rindu nak tidur bawah ketiak ayah korang. Korang tak pernah rasa macam mana perasaan bila kau berjaya and ayah kau takde semasa kau terima anugerah kejayaan. Korang tak pernah rasa macam mane macam mana susah nya hidup tanpa ketua keluarga and mak kau lah segala galanya. Korang tak pernah rasa cemburu apabila melihat orang lain bahagia dengan keluarga lengkap. Perasaan sedih bila ayah korang tak dapat nak tengok korang membesar depan mata diorang. And paling penting korang tak pernah rasa macam mana aku rindu dan terlampau rindukan kasih sayang seorang ayah. Sebab kasih sayang yang dicurah kan oleh seorang ayah untuk anak diorang lain berbanding dengan kasih sayang yang dicurah kan oleh seorang ibu untuk anaknya. Lain sangat sangat. Seorang ayah dia susah nak tunjuk dia kasih sayang dia dekat anak anak diorang sebab cara dia tunjuk tu berbentuk fizikal bukan berbentuk lisan macam ibu kita. Marah seorang ayah ni lain. Dia rotan kita sampai berbekas malam malam masa kita tidur dia masuk senyap senyap dlm bilik dia sapukan ubat dekat tempat yang tinggal kesan tu. Usap kepala kita cakap sayang kan kita. Dialah yang selalu angkat kita tidur dalam bilik tatkala kita tertidur di luar. Dia lah yang selalu bawak kita jenjalan petang petang  yang selalu banyak bergurau dengan kita yang selalu ajar buat perkara nakal nak sakitkan hati mak kita yang selalu berusaha untuk berikan yang terbaik untuk kita. Macam ayah aku ni dia ada masalah tak boleh berhenti merokok sebab dia dah start merokok masa dia remaja lagi. But he will try his best not to smoke infront of us adik beradik. Kalau kebetulan dia tengah merokok and then kiteorang approach dia tibe tibe he will immediately buang rokok dia even dia baru hisap tak sampai separuh. Kiteorang adik beradik memang tak suka bau rokok sampai sekarang aku memang tak boleh nak bau asap rokok and one of the reason I HATE SMOKER SO MUCHHH !!


      Ya Allah aku rindu nya pada arwah Ya Allah. Aku rindukan gelak tawa dia gurauan dia kasih sayang dia Ya Allah. Kadang kadang bila memori tu datang balik air mata pun tak dapat nak tahan. Jujur aku cakap, sekarang air mata aku bercucuran turun apabila aku terbayang kan dia sambil menulis blog ni. Aku terbayang segala galanya tentang dia. And I still remember up until now yang ayah aku pernah  janji. Masa tu dia sakit terlantar atas katil, kiteorang bersembang sambil baca didik and dia tertengok satu resepi baru(tak ingat apa name resepi tu), dia janji nak masakkan untuk aku kalau dia dah sihat tapi since then hes gettin worse and tak sempat nak tunaikan janji dia. I will remember that sampai bila bila. Actually, sebelum dia hembuskan nafas dia (aku ade cakap dekat ats pasal dia pmggil aku tapi aku tak pergi) dia nak sampaikan pesanan dekat aku. Disebabkan aku tak sempat nak jumpa arwah dia pesan dekat mak aku yang dia kalau boleh nak tengok aku dpat 5A dalam UPSR and alhamdullilah aku dapat tunaikan hajat dia. Even dia takde masa hari hari kejayaan aku, aku tahu mesti dia bangga sebab aku berjaya tunaikan hajat dia. Aku tahu dia hadir tanpa aku sedar dekat situ. But aku palng kesian dengan mak akulah sebab lepas ayah pergi kiteorang satu family mcam kapal tanpa nakhoda, sebab mak aku tak pernah bekerja sebelum ni. Its quite difficult for her. But alhamdullilah we managed it so well. And satu perkara paling aku tabik spring dengan mak aku dia sayang kan ayah aku gila gila sampaikan tak sanggup nak gantikan tempat ayah aku dengan lelaki lain(banyak pinangan dia tolak) dan my mom adalah orang yang paling terkesanlah sebab sampai sekarang mak aku tak mampu nak melawat kubur ayah aku sebab dia tak mampu nk tahan air mata dari jatuh. Evan tengok or lalu tepi kubur pun mata dah merah.  I MISS HIM SO MUCH..... Our whole family miss him so much.


     Insya ALLAH jikalau ada jodoh kita jumpa lagi ayah. Kakak rindu sangat dengan ayah. Terima kasih untuk 8 tahun kita bersama melakar memori, 8 tahun untuk kasih sayang yang ayah curahkan, 8 tahun membesar kan kakak dengan penuh kasih sayang terima kasih kerana tidak pernah putus untuk kami sekeluarga and terima kasih untuk 8 tahun yang bermakna. Terima kasih juga Ya Allah engkau pinjamkan dia untuk aku Ya Allah. 8 tahun yang cukup bermakna untuk aku. Terima kasih Ya Allah. And now, its already 9 years ayah pergi. AL FATIHAH.

 
     Kepada sesiapa yang membaca entry ini satu je aku minta dengan korang. Tolong lah hargai parents korang sementara diorang still ada. Cipta lah sebanyak kenangan yang korang mampu dengan diorang berbaktilah sebanyak mana korang boleh untuk diorang. Once diorang dah pergi buat selama lamanya hanya gambar lah yang dapat jadi pengubat rindu kita kepda diorang.


salam sayang, @esyahharis.

1 comment: